• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mereka Akan Jadi Kerajaan Satu Penggal” – Mufti Perlis

oleh
04/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tanpa berselindung mendedahkan beliau antara individu paling awal menyokong dan ingin melihat pembaharuan pemerintahan di negara ini.

Namun ketika ditanya mengenai prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) setakat ini, Mohd. Asri mengakui kecewa dan menyifatkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan baik, sekali gus turut mengecewakan rakyat yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baharu itu.

Dalam masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan jika para pemimpin PH tidak berubah khususnya dalam soal perebutan jawatan sesama sendiri, mereka bakal menjadi kerajaan sepenggal.

“Saya sejujurnya berharap kepada urus tadbir negara yang baik dan saya tahu hasrat itu ada, tetapi saya rasa mereka tidak berkemampuan untuk melakukannya atas banyak faktor seperti calon-calon yang memang kurang pengalaman dan pertembungan dalaman sesama sendiri. Oleh itu, agenda perubahan yang kita harapkan itu tidak diberikan perhatian.

“Meskipun kita melihat sekarang mereka sudah ada pengalaman dan mula bergerak namun selagi mereka semua tidak fokus dengan mengelak ‘bertarung’ sesama sendiri, siapa (perebutan) hendak jadi Perdana Menteri dan mempunyai kumpulan-kumpulan di dalam parti, pembaharuan yang diharapkan itu tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui selepas majlis dialog keharmonian antara penganut agama di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi kerajaan PH setakat ini iaitu selepas hampir setahun menerajui negara.

Sebelum ini, ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen di Facebook Mohd. Asri bagi meminta pandangannya mengenai prestasi kerajaan PH seperti mana beliau aktif mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tambah Mohd. Asri, beliau seperti mana rakyat Malaysia yang lain tidak terkilan menukar kerajaan terdahulu, sebaliknya kecewa apabila pemimpin baharu yang diberikan tanggungjawab itu tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Mereka mesti bersifat sesuatu yang patriotik, sayangkan negara berbanding sayangkan kedudukan yang mereka cari.. Kalau ini tak dapat, mereka akan jadi kerajaan satu penggal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: dr.mazaMufti Perlispakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd