• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemaju Melaka Gateway Tuntut Ganti Rugi RM139 Bilion

oleh
03/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemaju pelabuhan laut dalam Melaka Gateway, KAJ Development Bhd. mencabar keputusan kerajaan membatalkan lesen pengoperasian pelaburan yang diberikan pentadbiran lepas.

Laman theedgemarkets.com melaporkan KAJ Development menamakan Lembaga Pelabuhan Melaka, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 13 Mac.

Hakim Nordin Hassan hari ini meminta peguam syarikat, Mohd Haniff Khatri Abdulla memberikan masa kepada menteri dan Jabatan Peguam Negara untuk respon, kata laporan itu.

Nordin menetapkan 24 April untuk mendengar permohona syarikat untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman itu.

Menurut KAJ Development, ia menerima surat bertarikh 5 Oktober tahun lepas memaklumkan pelabuhan lesen pengoperasian pelabuhan untuk Melaka Gateway dan terminal jeti cruise dibatalkan.

Syarikat menulis rayuan kepada Loke pada 14 November, tetapi oleh kerana ia tidak menerima sebarang respon, ia mengambil keputusan untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Lesen itu diluluskan kerajaan pada Mac 2018, sebelum pilihan raya umum ke-14.

Menurut theedgemarkets.com, KAJ Development berkata projek itu bukan sahaja membawa masuk pelancong tetapi juga akan menyaksikan pembangunan industri maritim.

Syarikat itu juga meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan Loke menolak rayuan itu, apabila beliau tidak menjawab surat rayuan pada 15 Disember, tidak selaras dengan undang-undang atau kewajipan statutori, dan oleh itu keputusan membatalkan lesen itu terbatal dan tidak sah, kata laporan itu.

Theedgemarkets.com melaporkan KAJ Development juga meminta perintah certiorari untuk membatalkan pembatalan lesen pengoperasian itu.

Sebagai alternatif, ia mahu perintah mandamus untuk memaksa Loke menjawab rayuannya dalam tempoh 14 hari dari perintah mahkamah.

Di samping itu, ia mahu meminta ganti rugi am untuk dinilai mahkamah, dan ganti rugi khas sebanyak RM139 bilion. – FMT

Tags: Melaka Gatewaypakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd