• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, PAS Bersatu Di Solidariti Terhadap Palestin

oleh
03/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – UMNO berkata parti Melayu itu dan PAS menunjukkan kerjasama yang kukuh apabila bersama-sama menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah berpuluh tahun mereka memperjuangkan isu itu, malah ia mempertemukan UMNO dan PAS satu ketika dahulu.

“Dalam suasana sekarang ini, ia melonjakkan lagi kerjasama 2 parti besar ini.

“Untuk memartabatkan dan mendaulatkan Islam harus bermula dengan solidariti dan kerjasama yang utuh bagi memperkasakan ukhuwah Islamiah serta sama-sama perjuangkan Islam bukan sahaja dalam konteks Palestin tetapi juga dalam negara,” katanya.

Beliau yang mewakili Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkumpul dengan kira-kira 200 penyokong UMNO dan PAS di sebuah kolej Islam malam tadi bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin selepas protes besar-besaran di Gaza mengakibatkan 210 penduduk terbunuh minggu lalu.

Turut hadir ialah Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Gombak. Manakala PAS diwakili Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man disertai ahli Dewan Ulamak PAS, Wanita PAS, ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Pemuda PAS.

Asyraf berkata UMNO dan PAS harus mengetepikan sebarang perbezaan apabila melibatkan isu Islam.

“Kita harus melihat bagaimana untuk menguruskan perbezaan sesama kita, letak tepi perbezaan dan harus utamakan kepentingan Islam secara keseluruhan.

“Kalau kita mampu menguruskan perbezaan untuk menyatukan umat atas dasar Islam, kemenangan pasti akan kita capai bukan sahaja di negara ini tetapi juga di bumi Palestin,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad kerana sering tegas dengan pendiriannya dalam isu Palestin.

“Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan dan secara peribadinya berterima kasih kepada Tun Mahathir sebab baru-baru ini menyekat kedatangan atlet Israel daripada masuk ke Malaysia. Ini satu langkah yang harus kita dokong.

“Apabila PAS bertemu dengan beliau, kami menyatakan itu satu tindakan yang berani sehingga Malaysia hilang kelayakan untuk jadi penganjur temasya sukan paralimpik renang di Sarawak dan saya fikir ketegasan ini diperlukan,” katanya. – FMT

Tags: PalestinPASSolidaritiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd