• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Terus Cari Pesawat MH370 Di Lautan Hindi

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan akan terus berusaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di tempat ia dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata daripada kawasan pencarian membabitkan jumlah keluasan 60,000 kilometer persegi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah melakukan operasi pencarian membabitkan 35 peratus daripada keluasan itu.

“Kami berharap pesawat ini akan ditemukan. Kami masih meneruskan pencarian. Berdasarkan data yang diterima daripada Inmarsat jelas menunjukkan bahawa pesawat MH370 menuju ke selatan Lautan Hindi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan perasmian Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar harian di United Kingdom, The Mirror baru-baru ini yang memetik kenyataan pakar penerbangan dalam program dokumentari National Geographic yang mendakwa pesawat MH370 menuju ke Antartika.

Liow berkata setiap pesawat mempunyai isyarat yang berbeza dan menerusi data yang diberikan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara menyatakan MH370 menuju ke selatan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Liow berkata bersempena genap setahun kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac depan, pihak MAS akan mengadakan majlis bagi memperingati pesawat dan para penumpang penerbangan itu.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan masih belum mempunyai sebarang keputusan tentang apa yang boleh dilakukan bersempena hari memperingati pesawat dan penumpang MH370.

“Kerajaan belum mempunyai apa-apa keputusan, segala keputuan harus dibincang terlebih dahulu bersama dengan China dan Australia,” katanya.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac tahun lalu bahawa Penerbangan MH370 dipercayai berakhir di satu kawasaan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Pada 29 Jan tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.

Ketika ditanya berhubung kenaikan tambang feri, Liow berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan beliau akan melihat maklum balas daripada orang ramai.

“Setiap 10 tahun Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang akan menyemak semula kadar tambang feri, tambang feri masih lagi berada pada paras rendah. Sebelum ini ia disemak pada 1996, 2005 dan kini (2015).

“Sebelum melakukan apa-apa kenaikan tambang, kami akan mendapatkan maklum balas daripada orang awam dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd