• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jelutong ‘Budak Jahat’ Terus Buat Kacau Dalam Parlimen

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap kali Ahli Parlimen Jelutong berdiri dalam Dewan, sudah pasti ada sahaja provokasi yang cuba dilakukan oleh ‘budak jahat’ Parlimen ini bagi mengundang keadaan tegang di kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Sesi petang sidang Dewan Rakyat semalam menyaksikan blok pembangkang menempelak Jelutong kerana istilah ‘duit’ Pakatan Harapan (PH).

Ianya bermula ketika beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan isu berkaitan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Tanjong Karang (BN): Terima kasih sebab bagi RM100 ribu walaupun tidak ikut sepenuhnya manifesto tapi kena ingat sebab ini janji….

Tumpat (PAS): Bagi saya angka bukan satu perkara yang besar namun yang penting adalah prinsip dan keadilan. Sepatutnya sebagai negara demokrasi, janji PH dalam manifesto dan harapan rakyat sebenarnya untuk berada dalam suasana yang disebutkan Malaysia Baru maka sewajarnya keadilan diberi kepada semua rakyat sama ada pilih PH atau pembangkang sebab duit ini akan pergi kepada rakyat bukan wakil rakyat. Ini janji manifesto dalam PH, pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menguruskan pusat khidmat masing-masing.

Jelutong(PH): Saya nak sarankan kalau diberi peruntukan ini juga perlu ada pemantauaan dari pihak ICU supaya apa-apa kredit yang diberikan rakyat akan sampai balik kepada PH sebab ada tuduhan pihak pembangkang guna duit PH tapi uar-uar kononnya duit dari parti sendiri.

Tumpat (PAS): YB Speaker… tolong fahamkan Jelutong, ini bukan duit PH tapi ini adalah duit kerajaan dan duit rakyat.

Pontian (BN): Duit rakyat….

Jelutong (PH): Ini duit PH tapi UMNO dan PAS yang ambil. Ini bukan duit UMNO bukan duit PAS.

Tumpat (PAS): Jelutong kena pergi kursus dulu.

Parit Sulong: Saya nak bagi cadangan… saya berharap Timbalan Menteri boleh bagi penerangan terutama kepada ahli Parlimen PH tentang duit yang dimaklumkan oleh Jelutong itu bukan duit PH tapi duit kerajaan dan duit rakyat.

Jelutong (PH): Duit kerajaan PH… faham tak… faham tak….

Parit Sulong (BN): Duit kerajaan… duit kerajaanlah… amboi… kena pergi kursus Jelutong ni.. baca 101…

Pengkalan Chepa (PAS): Kurang ajar ni Jelutong… tak layak jadi Ahli Parlimen

Ayer Htam (BN): Ini adalah janji PH. Oleh kerana PH adalah satu parti yang dilihat lebih adil dan saksama maka rakyat telah memilih PH. Itu adalah mesej yang jelas. Saya nak tanya, selepas YAB Langkawi dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau pernah mengumumkan akan memberi peruntukan RM50 ribu kepada semua ahli Parlimen pembangkang. Itu pengumuman PM selepas ditabalkan… sekarang, siapa yang batalkan sehingga satu sen pun tak ada… peruntukan untuk pusat khidmat RM300 ribu satu sen pun tak ada. Inilah sikap PH, apa yang dijanjikan tidak dibuat.

Dewan terus gamat apabila blok pembangkang terus menyerang Jelutong dan akhirnya Timbalan Speaker meminta Timbalan Menteri sambung menggulung. – MediaUMNO

Tags: jelutongParlimenRSN Rayer
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan mengapa belum ada tindakan dikenakan terhadap aktivis Tamim Dahri yang beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd