• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Dihukum Gantung Bunuh Rakan Puspen

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang banduan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini atas kesalahan membunuh seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Gambang dua tahun lepas.

Mohd Faizal Mohd Yusof, 29, didapati bersalah membunuh Mohd Wiralieyzaan Ambiah pada 7.50 malam, 3 Feb 2013.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Ketika menjatuhi hukuman, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Antara keterangan saksi, si mati telah dijerut dengan tali berwarna putih di bilik no 4, blok A, Puspen Gambang pada hari kejadian.

Mohd Faizal, yang sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana kes liwat, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhi ke atasnya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsuddin manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar. – BERNAMA

Tags: banduan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd