Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Kelantan Jangka KB Sentral...

DUN KELANTAN | Kerajaan Kelantan menjangkakan pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu...

“ATM Pun Dah Tak...

AIR KEROH - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati wang kertas RM100 yang diterimanya...

Puad: Sanusi MB Kedah...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri...

Pilu… Bapa Yang Jumpa...

SERI ISKANDAR - Remaja Orang Asli berusia 13 tahun ditemui lemas dalam sebuah lombong...

Banduan Dihukum Gantung Bunuh Rakan Puspen

KUANTAN – Seorang banduan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini atas kesalahan membunuh seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Gambang dua tahun lepas.

Mohd Faizal Mohd Yusof, 29, didapati bersalah membunuh Mohd Wiralieyzaan Ambiah pada 7.50 malam, 3 Feb 2013.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Ketika menjatuhi hukuman, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Antara keterangan saksi, si mati telah dijerut dengan tali berwarna putih di bilik no 4, blok A, Puspen Gambang pada hari kejadian.

Mohd Faizal, yang sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana kes liwat, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhi ke atasnya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsuddin manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori