• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Parkir Di Shah Alam Naik 50% Kerana Diurus Swasta

oleh
30/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS perdana menteri, Najib Razak hari ini mendakwa caj parkir di Shah Alam akan naik 50 peratus bermula Isnin depan, berikutan keputusan pihak berkuasa tempatan menyerahkan semua 70,000 lot parkirnya untuk diuruskan sebuah syarikat swasta minggu ini.

“Tidak kira nak ‘park’ 1/2 jam ke atau nak beli pas bulanan. Semua naik 50%,” tulisnya di Facebook.

Kelmarin, Majlis Bandaraya Shah Alam mengumumkan caj meletak kereta di kawasan PBT itu akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 60 sen mulai 1 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad dilaporkan berkata, caj parkir bulanan pula naik daripada RM60 kepada RM90.

Beliau memberi alasan kenaikan 20 sen itu adalah wajar kerana kadar lama diguna pakai sejak 1998 dan kadar baru itu masih terendah berbanding PBT lain di Selangor dan seluruh negara.

Katanya, pengguna yang masih memiliki kupon 40 sen masih boleh menggunakannya sehingga tamat tempoh.

Najib mempersoalkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam sama ada beliau tahu mengenai kenaikan caj itu.

Ahli Parlimen Pekan itu secara sinis mempersoalkan Pakatan Harapan jika itu antara usaha Pakatan Harapan mengurangkan kos sara hidup atau hadiah kepada rakyat yang mengundi gabungan itu di kerusi Parlimen Shah Alam.

FMT sedang mendapatkan respons MBSA berhubung dakwaan ini. – FMT

Tags: caj parkirNajib Tun Razakpakatan harapanShah Alam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd