• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Sepatutnya Dedah Laporan Majlis Penasihat

oleh
29/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mendedahkan laporan 100 hari Majlis Penasihat Kerajaan kepada orang awam sejajar dengan matlamat asal penubuhannya sebelum ini.

Bagaimanapun, tindakan kerajaan PH mengklasifikasikan laporan 100 hari daripada Majlis Penasihat Kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dilihat sebagai penyalahgunaan undang-undang dan mengkhianati kepercayaan orang awam.

Menurut Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, tindakan tersebut turut bercanggah dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu untuk memansuhkan OSA.

“Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram mencadangkan supaya laporan itu dibuat secara terbuka.

“Laporan ini penting untuk semua rakyat dan akan mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Rakyat dimaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan adalah untuk membantu kerajaan dalam perkara-perkara berkaitan ekonomi dan kewangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic menambah, penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang laporan itu perlu dilindungi sama sekali tidak boleh diterima.

Katanya, hal itu kerana laporan tersebut dipercayai tidak mengandungi sebarang strategi mengenai keselamatan dan ketenteraan negara.

“PH telah berjanji untuk menjadi kerajaan yang mempunyai kredibiliti dan telus berbanding kerajaan terdahulu tetapi sayangnya kepemimpinan PH terus gagal berkhidmat dengan baik terhadap rakyat.

“Kita berharap PH mempertimbangkan semula keputusan meletakkan laporan 100 hari Majlis Penasihat Kerajaan di bawah OSA dan mendedahkannya kepada orang awam secara terbuka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: GerakanMajlis Penasihat Kerajaanpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd