• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Durjana Dapat Balasan Setimpal

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Perbuatan terkutuk seorang mekanik sambilan melakukan sumbang mahram dan memasukkan jari ke dalam kemaluan adik kandung perempuannya, dua tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dipenjara 55 tahun dan 15 sebatan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berasingan daripada tarikh dia ditangkap 8 Mac lalu.

Kunasundary dalam penghakimannya menegaskan kesalahan tertuduh itu amat menjijikan dan diumpamakan sebagai harapkan pegar, pegar makan padi.

“Sepatutnya tertuduh membimbing dan melindungi darah dagingnya namun apa yang dilakukan hanya memuaskan nafsu dan perbuatan sebegini perlu dibendung,” jelasnya.

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu berdepan tiga pertuduhan dengan sengaja melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya berusia 14 tahun.

Justeru, tertuduh dihukum penjara 15 tahun bagi setiap satu pertuduhan dan 13 sebatan keseluruhannya mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna biru turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan atas pertuduhan pindaan memasukkan jari ke dalam kemaluan adik perempuannya itu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Perbuatan bagi kesemua pertuduhan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Sabak Bernam bermula Mac 2017 hingga Julai 2018.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah memohon hukuman berat yang dijalankan secara berasingan atas alasan tidak dapat mengembalikan kesucian mangsa yang telah hilang.

Katanya, tertuduh pada suatu hari akan keluar dari penjara sekiranya dipanjangkan umur namun kesan dan trauma mangsa kekal hingga akhir hayat.

“Mangsa telah mengalami trauma dan penderitaan sejak enam tahun lagi atas perbuatan tertuduh.

“Masa depan mangsa telah musnah akibat perbuatan tertuduh yang sepatutnya sebagai abang kandung melindungi mangsa dan bukan memusnahkan adik kandung sendiri,” tegasnya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa mengadu pada pengetua di sekolahnya pada 8 Mac lalu dan memberi pengakuan bahawa dirinya diperkosa oleh tertuduh sejak berusia enam tahun.

Pengetua sekolah itu kemudiannya memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan seterusnya mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk membuat laporan polis. – K! ONLINE

Tags: Hukuman Penjarasumbang mahram
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

Chegubard Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Bulan

Chegubard Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Bulan

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dijatuhi hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd