• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Usaha Cari Jalan Penyelesaian Terbaik

oleh
29/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peneroka Felda diharap dapat terus bersabar walaupun berhadapan situasi penurunan bayaran pinjaman sara hidup daripada RM1,500 sebelum ini kepada RM1,000.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar juga berharap peneroka memahami masalah kedudukan kewangan dan ali­ran tunai yang dihadapi agensi berkenaan sehingga tidak dapat menunaikan bayaran berjumlah RM1,500 itu.

Namun begitu, Othman memberi jaminan Felda sedang berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut kewa­ngan yang sedang melanda.

Othman malah mengatakan keputusan bagi menurunkan jumlah bayaran itu telah pun dipersetujui Jawatankuasa Perunding Peneroka (Jkkp) de­ngan pengurusan tertinggi Felda baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita sedang menghadapi masalah ali­ran tunai dan pengurusan ter­tinggi membuat keputusan untuk membayar hutang kontraktor yang tertunggak dahulu kerana jika berterusan (tidak dibayar), peneroka menghadapi masalah untuk mendapatkan hasil.

“Kita bukan tidak mahu bayar tetapi menghadapi masalah ali­ran kewangan. Lagi pun dalam perjanjian terbaharu mengenai pinjaman sara hidup itu, terdapat klausa yang mengatakan Felda boleh menurunkan bayaran sekiranya menghadapi masalah,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman supaya pengurusan ter­tinggi Felda menarik balik pekeliling berhubung penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Ditanya sama ada Felda akan menaikkan semula jumlah pembayaran pinjaman sara hidup itu, katanya, ia terpulang budi bicara jika Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sekiranya mahu memberikan baki RM500 itu.

“Biar Kementerian Hal Ehwal Ekonomi komen (isu ini), kita tidak mahu timbul masalah nanti,” katanya ringkas.

Dalam pada itu Unit Komunikasi Korporat Felda menerusi kenyataan di sini memberitahu agensi itu berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmen sebanyak RM500 juta setahun untuk Pinjaman Sara Hidup dan pendahuluan hasil peneroka.

“Sehingga kini Felda telah menggunakan dana dalaman sekitar RM7.5 bilion untuk membiayai pinjaman peneroka,” kata kenyataan itu.

Tags: FeldaPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd