• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Keahlian Pemuda UMNO Cecah Setengah Juta

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nampaknya populariti UMNO dalam kalangan anak muda semakin menyerlah apabila jumlah ahli pergerakan Pemuda parti itu mencecah 498,391 ketika ini.

Bahkan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian itu akan terus meningkat selepas melihat begitu banyak permohonan daripada orang ramai untuk menyertai parti tersebut.

“Melihat kepada permintaaan yang amat memberangsangkan, kita akan melancarkan kempen pendaftaran sebagai ahli UMNO secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai menjadi ahli.

“Permohonan daripada golongan muda amat memberangsangkan ketika ini dan ia adalah isyarat kemarahan mereka terhadap kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan Pemuda UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Asyraf Wajdi memberitahu, pihaknya telah merancang gerak kerja dan strategi untuk mendekati pengundi di sana.

Katanya, Pemuda UMNO akan berkampung di Rantau selama 14 hari dan mengambil pendekatan jumpa secara bersemuka untuk mempromosikan calon mereka, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kita akan bekerjasama rapat dengan MIC dan MCA untuk mendekati setiap pengundi di Rantau bagi menarik hati mereka terhadap UMNO.

“Selain itu, jentera UMNO juga sudah dimaklumkan untuk tidak melayan sebarang provokasi melampau daripa parti lawan seperti yang berlaku dalam PRK DUN Semenyih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Asyraf Wajdi DusukiPemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd