• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Konsulat HK: Najib Mahu Guan Eng Jawab Dulu

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi maklum balas terhadap dakwaan kerajaan BN menjual bangunan konsulat di Hong Kong.

Najib menegaskan, beliau hanya akan menjawab isu itu selepas Guan Eng memberikan respons balas.

“Guan Eng mesti komen dulu, tak kan lah kita saja nak komen. Saya tahu apa yang kami (BN dah buat), saya boleh komen tapi beliau (Guan Eng) mesti respon dulu.

“Lepas Guan Eng komen, saya akan jawab dan saya akan dapatkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk menjelaskannya,” kata Ahli Parlimen Pekan itu ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Dua hari lalu, di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan mendedahkan, Najib bertanggungjawab meluluskan penjualan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong.

“Saya ingin memaklumkan kepada Najib bahawa keputusan menjual bangunan Konsulat di Hong Kong dilakukannya sendiri semasa pentadbiran BN. Surat tawaran itu dikeluarkan olehnya.

“Keputusan itu dibuatnya sebelum 9 Mei 2018… tetapi keputusan dibuat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion,” katanya.

Sebelum itu, Najib menyuarakan kebimbangan mengenai laporan media bahawa kerajaan ingin menjual menara pejabat 28 tingkat yang dimilikinya di Hong Kong. – Sinar Harian

Tags: Konsulat Hong KongLim Guan EngNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd