• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC B-23: Malaysia Sah Tidak Layak

oleh
27/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia terpaksa membayar harga mahal akibat gagal menumpaskan China malam tadi selepas disahkan tidak layak ke pusingan akhir Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23) di Bangkok, tahun depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu gagal menempatkan diri dalam kalangan empat naib juara terbaik pada kempen kelayakan.

Slot tersebut sebaliknya diisi Australia, Iran, Syria dan Tajikistan.

Malaysia sebelum itu hampir meraih tiket automatik selepas mendahului China 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan J, kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun jaringan Jiang Shenglong enam minit sebelum tamat permainan meranapkan impian anak-anak buah Kim Swee untuk mengutip tiga mata apabila sekadar seri 2-2.

Biarpun berkongsi tujuh mata bersama China hasil dua kemenangan dan satu seri, namun jurang gol besar yang dimiliki skuad bimbingan Guus Hiddink membolehkan mereka muncul juara kumpulan.

Kegagalan ini pasti mengecewakan pasukan negara yang cemerlang mara ke suku akhir dalam penampilan sulung di China, tahun lalu.

Ia juga meranapkan impian mereka untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. – UTUSAN ONLINE

Tags: bola sepakPiala AFC B-23
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd