• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Korban Penjawat Awam”

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menzahirkan rasa terkilan apabila sekali lagi penjawat awam dijadikan sasaran untuk terus berkorban dan “ikat perut” dengan alasan masalah kewangan negara sebagai punca kerajaan membayar hutang yang tinggi. Terdahulu, awal tahun 2019, satu pekeliling bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam” yang bertujuan mengurangkan perjawatan di Kementerian dan Agensi Kerajaan sebanyak satu peratus (1%) secara keseluruhan pada tahun 2019 dikeluarkan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia membuat kira-kira seramai 16 ribu penjawat awam rakyat Malaysia akan hilang sumber pendapatan jika angka 1.6 juta merupakan jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sangat terkilan dengan pelbagai lantikan politik yang dibuat di Kementerian, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan. Seolah-olah penjawat awam yang sekian lama berkhidmat untuk negara tidak dipedulikan, tetapi sahabat-sahabat mereka di dalam parti politik, termasuk ahli keluarga diberi “peluang pekerjaan” yang baru, walhal ada yang sudah bergelar Yang berhormat, tetapi masih mahu mengemudi Agensi Kerajaan sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah. Adakah sebenarnya “peluang pekerjaan” yang disebut di dalam Manifesto Harapan itu ditujukan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka di dalam parti masing-masing.

3. Pada masa yang sama, di saat hutang negara dikatakan banyak sebagai alasan “mengikat perut” penjawat awam, Kerajaan Pakatan Harapan dengan tidak sensitif mengumumkan projek-projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia, sebagai contoh “projek kereta terbang”. Di saat gesaan “mengikat perut”, kita lihat gaji MP dan Menteri begitu banyak puluhan ribu jika dibandingkan dengan penjawat awam majoriti yang lain. Di manakah keadilan rakyat dan penjawat awam?

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan untuk memperhalusi keputusan ini kerana rakyat sebenarnya makin dihimpit kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup. Kurangkan lantikan politik, biar penjawat awam yang berwibawa melakukan tugas mereka. Harus diingat, penjawat awam merupakan tunjang kepada pentadbiran negara. Ahli politik datang dan pergi, tetapi mereka tetap komited menguruskan pentadbiran kerajaan.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: Parti IKATAN Bangsa MalaysiaPenjawat AwamShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd