• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Panas Hati, Guna Perkataan ‘Tahi’

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat panas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengungkapkan perkataan ‘tahi’ ditujukan kepada kerajaan dan pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dahulu yang didakwa telah meninggalkan institusi tersebut dengan bebanan kewangan.

Ketika menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PAS-Pendang) berhubung pengurusan syarikat tujuan khas (SPV) Tabung Haji, Mujahid mempersoalkan tindakan pembangkang yang sering mengkritiknya apabila membangkitkan soal Tabung Haji.

Mujahid turut mengkritik Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji kerana dikatakan telah gagal menguruskan Tabung Haji dengan baik.

“Kerajaan telah berikan satu tumpuan untuk menyelamatkan Tabung Haji walaupun pembangkang kata kita nak jual. Kata DAP pegang Tabung Haji. Baling ini dia tak amanah. Kita nak pulihkan Tabung Haji selepas digagalkan Baling.

“Sepatutnya dia tau apa yang dia buat. Mereka dakwa macam-macam sedangkan kita nak buat perkara nak selamatkan daripada orang yang buat ‘tahi’ dahulu,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan beberapa wakil pembangkang termasuk Azeez; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak); Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar); Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) dan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PAS-Kuala Terengganu) bangun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Mujahid.

Berikutan suasana yang semakin tidak terkawal, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof meminta Mujahid menarik balik kenyataannya.

Mujahid kemudiannya akur dengan permintaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun menggantikan perkataan ‘tahi’ kepada onar. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mujahid Yusof Rawatahi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inkues Adib: “Sedih Saya, Terima Pelbagai Cacian”

Next Post

Wan Azizah Enggan Komen Isu Nurul Izzah

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

Next Post

Wan Azizah Enggan Komen Isu Nurul Izzah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd