• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Kecam Trump Iktiraf Bukit Golan Kawasan Israel

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai kawasan Israel.

Katanya, tindakan pengikitirafan itu disifatkan sebagai melampau dan boleh menambah keganasan yang mengancam keamanan dunia.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kesombongan Presiden AS yang dipengaruhi Zionis dengan tidak menghormati pemilik asal bumi Palestin dan meneruskan agenda peluasan kuasa Zionis di sana.

“PAS mengekalkan pendirian tidak mengiktiraf cadangan dua negara (Two-State) dan menolak sebarang tindakan hegemoni Zionis yang hanya mendatangkan ketegangan di rantau Asia Barat dan dunia keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Trump dilaporkan akan menandatangani perintah mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu di Washington, hari ini menurut Menteri Luar Israel.

“Presiden Trump akan menandatangani perintah mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan dengan kehadiran Perdana Menteri, Netanyahu,” kata Menteri Luar, Yisrael Katz, hari ini, menerusi Twitter.

Khamis lalu, Trump sekali lagi melanggar persefahaman antarabangsa sejak sekian lama dengan menyatakan AS patut mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap kawasan strategik itu yang dirampas negara Zionis terbabit daripada Syria pada Perang Enam Hari pada 1967.

Bagaimanapun, beliau tidak menjawab sama ada akan mengeluarkan perintah untuk pengiktirafan itu.

Netanyahu cuba mendapatkan pengiktirafan terbabit, sejak sekian lama dan penganalisis melihat kenyataan Trump yang dilakukan menerusi muat naik di Twitter sebagai hadiah pilihan raya Israel yang dijadualkan pada 9 April depan. – Agenda News

Tags: Abdul Hadi AwangIsrael
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd