• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Ahli Parlimen Pembangkang Letak Jawatan PAC

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua ahli Parlimen pembangkang yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Kesemua ahli Parlimen pembangkang itu merangkumi dua dari Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta seorang dari PAS iaitu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Perkara itu disahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu keputusan itu diambil disebabkan kecewa Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan janji manifesto untuk melantik Pengerusi PAC dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.

Katanya, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee buat masa ini jelas bertentangan dengan janji manifesto kerana Ronald telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kalau diteruskan (Ronald sebagai Pengerusi) bermakna Pengerusi dari PH, Timbalan Pengerusi PAC juga dari PH. Maknanya, gabungan itu ada kuasa sepenuhnya dalam PAC sedangkan tujuan melantik ahli Parlimen pembangkang supaya PAC boleh menjadi semak dan imbang berkesan untuk kerajaan.

“Kita nampak ini satu penyelewengan daripada segi janji, walaupun kita tahu janji lain tak ditepati tetapi transformasi Parlimen ini diharapkan dapat dilaksana. (Jadi), kita tidak akan berada dalam PAC sehingga kerajaan berikan jawatan pengerusi kepada pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalPACpakatan harapanPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd