• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Dedah Akaun, Masalah Sebenar MAS

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran Malaysia Airlines (MAS) mempersoalkan apakah aset yang dimiliki oleh syarkat penerbangan itu sekiranya ia mahu dijual kepada pihak swasta.

Bekas ketua pegawai eksekutif MAS, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, perkara itu perlu dijelaskan oleh kerajaan kerana ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh syarikat itu.

“Kita tidak tahu apakah aset dan liabiliti MAS. Orang (pihak swasta) nak masuk susah juga, nak beli itu, nak beli apa,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, kerajaan berkata ia terbuka kepada mana-mana cadangan bagi menyelamatkan MAS, termasuk pembeliannya oleh sektor swasta.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan mengenai MAS untuk tujuan itu.

Aziz berkata, beliau tidak faham bagaimana MAS dikatakan terus mencatatkan kerugian besar, walaupun mempunyai kadar muatan penumpang sebanyak 78%.

Beliau berkata, perkara itu tidak munasabah kerana sepanjang tempoh beliau mengetuai MAS, jika syarikat mencapai kadar muatan penumpang sebanyak 72 atau 73% maka ia sudah boleh meraih keuntungan berjuta dolar.

Aziz yang menerajui MAS dari 1981 hingga 1991 mempersoalkan bagaimana MAS boleh rugi sehingga RM800 juta.

“Ini satu perkara yang aneh. Kita nak tengok akaun MAS.

“MAS juga baru-baru ini meraih anugerah syarikat penerbangan terbaik di Asia, tetapi rugi RM800 juta, sedangkan syarikat yang tidak dapat anugerah dapat keuntungan. Perlu ada penjelasan,” katanya.

Susulan dakwaan kerugian berterusan yang mencecah angka berbilion dolar, Dr. Mahathir sebelum ini berkata, kerajaan mempunyai 3 pilihan bagi mengatasi masalah itu, iaitu sama ada menutup syarikat pernerbangan itu, menjualnya atau menukar pengurusan dan mengecilkan saiznya. – FMT

Tags: Malaysia AirlinesMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd