• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Tugu ‘Wira’ Jepun Diturunkan Selepas Dikecam

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN negeri Kedah segera menurunkan papan maklumat yang dikatakan memberi gelaran wira kepada tentera Jepun yang menjajah tanah air selepas menerima kritikan pelbagai pihak.

Memetik laporan Utusan Online, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri, Asmirul Anuar Aris berkata, papan maklumat tersebut diturunkan pihaknya kira-kira pukul 2 petang tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri mahupun beliau sendiri tidak pernah mengiktiraf askar Jepun sebagai wira seperti didakwa sesetengah pihak dan menjelaskan kekeliruan itu ekoran kesilapan teknikal pihak berkaitan.

“Perkataan ‘wira Jepun’ hanya kesilapan teknikal oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dalam bahan promosi tugu itu kerana kita tidak akan sama sekali menyatakan askar Jepun sebagai wira.

“Sebelum ini saya ada meminta perkataan ‘no war’ atau antiperang diletakkan pada tempat itu bagi mempromosi nilai keharmonian dan keamanan, namun perkara itu tidak berlaku, malah jika mengikut perbincangan hanya landskap biasa untuk menandakan lokasi itu wujud tanpa apa-apa monumen.

“Justeru, kita mengambil keputusan untuk menurunkan papan maklumat di tugu tersebut hari ini dan akan dibina semula oleh pihak berkaitan dengan perkataan yang lebih tepat selepas ini,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Khamis lalu, Asmirul Anuar merasmikan Tugu Peringatan Askar Jepun anjuran Konsulat Jepun di Pulau Pinang, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Lembaga Muzium Negeri Kedah di Jalan Raja, di sini.

Beliau berkata, tugu yang terletak di Perkarangan Pejabat Kementerian Pelancongan negeri itu sudah lama terbina di situ dan hanya dicantikkan semula menerusi pembiayaan pihak konsulat negara itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan itu menjelaskan, kehadirannya sebagai perasmi pada hari tersebut hanya daripada segi aspek pelancongan bagi mempromosi negeri ini kepada orang ramai.

“Walaupun saya hadir ke majlis itu, namun ia tidak bermakna saya atau kerajaan negeri bersetuju dengan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan askar berkenaan pada tugu tersebut tetapi lebih kepada faktor pelancongan,” katanya. – Agenda News

Tags: Kedahpakatan harapantugu wira jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd