• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Pengundi Secara Automatik Tidak Mudah – SPR

oleh
21/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendaftaran pengundi automatik mengambil masa kerana ia tidak semudah seperti yang didakwa, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun.

Beliau berkata, pendaftaran pengundi secara automatik memang ada dalam perancangan badan itu.

Bagaimanapun katanya, ia tidak semudah seperti yang didakwa oleh Jabatan Pendaftaran Negara, iaitu apabila seseorang mencapai umur 21 tahun, dia boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.

Beliau menjawab pertanyaan seorang peserta forum mengenai pembiayaan politik anjuran Transparency International Malaysia di sini, hari ini.

Azhar berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang membuang undi di tempat di mana beliau mula-mula mendaftar sebagai pengundi walaupun beliau mungkin tinggal di tempat lain.

“Sebab itu mengapa setiap kali pilihan raya, kita lihat 60,000 orang Kelantan balik ke Kelantan untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa-masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab,” katanya.

“Itu adalah hak perlembagaan kita. Jika kita melaksanakan pendaftaran automatik, maka keadaan itu perlu diubah kerana pada waktu itu anda akan mengundi di tempat tinggal yang tercatat dalam kad pengenalan.”

Ini, katanya, akan menyaksikan lebih banyak kerusi di Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan antara isu yang perlu dikaji dengan lebih teliti.

Menurutnya lagi, proses pendaftaran automatik akan mengambil masa, dan SPR akan berusaha mengemukakan penyelesaian yang adil dan saksama.

Dilaporkan sebelum ini, banyak parti politik, sama ada yang mewakili kerajaan atau pembangkang, bersetuju dilaksanakan kaedah pendaftaran pengundi automatik berikutan pertemuan tertutup antara SPR dengan wakil 30 parti politik berhubung isu pendaftaran pengundi. – FMT

Tags: Azhar Azizan HarunpengundiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd