• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekecewaan Berganda Buat Harimau Malaya

oleh
21/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sudahlah beraksi dalam stadium hampir kosong, Harimau Malaya yang menetapkan sasaran muncul juara sebaliknya hampa dikalahkan 0-1 oleh Singapura pada aksi Piala Air Marine, sebentar tadi.

Kelincahan pemain sayap, Faris Ramli menghukum pasukan negara apabila dia menewaskan dua pertahanan tuan rumah, Shahrul Saad dan Mathew Davies sebelum merembat bola melepasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat untuk gol tunggal kemenangan Singapura pada minit ke-82.

Kekalahan ini pasti mengecewakan Malaysia yang berharap untuk mencari kemenangan bagi memperbaiki ranking dunia, apatah lagi anak-anak buah Tan Cheng Hoe berpeluang merubah keputusan jika menyudahkan empat atau lima peluang terbaik yang diperoleh pada babak kedua.

Ketiadaan Ultras Malaya menyebabkan keadaan agak lengang di Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 hadir menonton perlawanan dalam venue yang mampu menampung 90,000 penonton.

Malaysia kini terpaksa berpuas hati bertemu Afghanistan dalam penentuan tempat ketiga, Sabtu ini manakala Singapura menentang Oman dalam perebutan juara.

Pasukan No. 90 dunia, Oman terdahulu membuktikan mereka adalah pilihan utama untuk muncul juara selepas membelasah Afghanistan 5-0. – UTUSAN ONLINE

Tags: Harimau MalayaPiala air marine
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd