• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh Nur Aisyah Aleya

oleh
20/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, pada bulan lalu.

Tertuduh, Ramlan Abdul Rashid, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Ridzwan Salleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada lima orang anak itu didakwa membunuh Nur Aisyah Aleya di sebuah rumah Blok G-3-4 Kuarters Hospital Langkawi, Mukim Kuah sini, antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi, 23 Februari lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qatrin Nada Harun.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat mangsa.

Sementara itu, isteri tertuduh berusia 40 tahun, seorang jururawat yang turut direman sejak 7 Mac lalu dibebaskan dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah pada semalam.

Akhbar pada 7 Mac lalu melaporkan tanda tanya mengenai kehilangan seorang kanak-kanak perempuan itu berakhir dengan kisah sedih apabila polis mengesahkan mangsa dibunuh selepas menemukan tengkorak dan cebisan rambut mangsa di Gunung Raya di sini.

Cebisan daripada mayat Nur Aisyah Aleya yang tidak sempurna itu ditemukan anggota polis di dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter dari Jalan Gunung Raya kira-kira pukul 11.30 pagi, 6 Mac lalu.

Polis kemudian menemukan dua batang gigi dan gumpalan rambut dipercayai milik kanak-kanak perempuan terbabit yang dipercayai menjadi mangsa dera suspek, pada hari kedua operasi pencarian dilakukan di lokasi sama.

Hasil analisis dua batang gigi tersebut semalam, mengesahkan ia sepadan dengan darah ibu kandungnya, Rosmaliah Samo, 32, selain kesan darah pada bantal dan alas tilam berpadanan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak terbabit.

Mangsa dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya, Rosmaliah ketika berada dalam jagaan sepasang suami isteri di kuarters kakitangan HL pada 3 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tags: kes bunuhNur Aisyah Aleya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

Tiga Individu Didakwa Bunuh Seorang Penganggur Di Jasin

Tiga Individu Didakwa Bunuh Seorang Penganggur Di Jasin

06/08/2025
0

Jasin: Tiga individu masing-masing seorang pekerja pasar raya, mekanik dan pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd