• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sedia Pertimbang Terbit Satu Lagi Bon Samurai

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia untuk mempertimbang kemungkinan menerbitkan satu lagi Bon Samurai jika menerima kadar 0.63 peratus setahun sepertimana bon bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.3 bilion) yang berjaya diterbitkan pada minggu lepas, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Jika pihak Japan Bank for International Cooperation (JBIC) bersedia menawarkan kadar faedah rendah seperti itu, kita akan bersedia untuk mempertimbangkan perkara ini secara serius,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan kejayaan penerbitan bon Samurai di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Guan Eng berkata minat kukuh kalangan pelabur Jepun terhadap Bon Samurai itu juga membolehkan bon itu ditawarkan pada harga kompetitif pada kos penuh 0.63 peratus setahun yang lebih rendah daripada jangkaan awal sebanyak 0.65 peratus.

“Ini mencerminkan keyakinan pelabur Jepun terhadap ekonomi Malaysia serta usaha pembaharuan fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan amat komited untuk meneruskan kemampanan fiskal bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia selain mencapai pertumbuhan yang mantap.

Menurutnya, hasil daripada terbitan Bon Samurai itu juga akan membantu kerajaan dalam usaha menunaikan tanggungjawabnya.

“Hasil itu akan digunakan bagi membiayai pembangunan infrastruktur dan bukannya bagi tujuan pembayaran hutang. Ini kerana hasil itu akan memberi ruang kepada kerajaan menggunakan saluran pendapatan yang ada untuk membayar hutang,” katanya.

Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa berkongsi kesediaan negaranya menawarkan bantuan sekiranya Kuala Lumpur berhasrat menerbitkan satu lagi Bon Samurai pada masa depan.

“Jepun bersedia membantu dengan terma dan syarat sama,” katanya.

Miyagawa juga berharap bantuan menerusi penerbitan bon tersebut akan membantu Malaysia mengurangkan obligasi hutang serta menikmati pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan Malaysia kini bergerak ke arah hala tuju yang tepat dalam usaha mengurangkan hutang dan melaksanakan usaha sewajarnya. Atas matlamat itu, kita amat gembira kerana dapat membantu Malaysia,” katanya.

Bon Samurai diterbitkan dalam denominasi yen di Tokyo dan tertakluk kepada peraturan di negara tersebut.

Ia berjaya diterbitkan oleh kerajaan Malaysia pada minggu lepas dengan menarik lebihan langganan sebanyak 1.6 kali ganda iaitu 324.7 bilion yen berbanding 200 bilion yen yang ditawarkan.

Bon itu dijamin oleh JBIC pada tempoh matang 10 tahun dengan kos penuh kepada kerajaan sebanyak 0.63 peratus setahun.

Hasil daripadanya akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur, termasuk pembinaan sekolah, hospital, jalan serta kemudahan utiliti.

Tags: bon samuraiLim Guan Engpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd