• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajibkan Elaun Pelajar Praktikal Perlu Kajian Mendalam

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjalani latihan industri perlu diteliti dengan mendalam agar tidak membebankan industri, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata jika diwajibkan, langkah itu boleh membebankan majikan khususnya perusahaan kecil dan sederhana, sekali gus membataskan kemampuan mereka untuk mengambil pelajar praktikal.

“Tujuan utama penempatan pelajar ialah untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di IPT dalam situasi sebenar di tempat kerja. Oleh itu, penetapan atau pemberian elaun kepada pelajar praktikal adalah bergantung kepada peruntukan majikan masing-masing,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk menetapkan kadar elaun minimum bagi pelajar praktikal sepanjang latihan di sektor swasta atau awam.

Teo berkata cadangan mewajibkan majikan mengambil sekurang-kurangnya seorang mahasiswa setahun juga memerlukan kajian memandangkan perkara tersebut tidak termaktub dalam undang-undang sedia ada selain pelbagai aspek lain termasuk jumlah majikan dalam industri bagi memastikan ia mampu menampung keperluan.

Tags: elaun pelajar praktikalTeo Nie Ching
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

Lahabau Membawa Maksud Tidak Berguna, Tidak Boleh Diharap

08/11/2021
0

KENYATAAN  kurang bertanggungjawab bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penggunaan perkataan Lahabau sebenarnya membawa maksud yang sangat negatif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd