• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kontena Beras: Selatan Filipina Boikot Sabah, Labuan

oleh
15/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pembeli beras di Filipina memutuskan untuk mengetepikan Sabah dan Labuan dalam perniagaan mereka akan datang – langkah yang akan menghapuskan dagangan tahunan negeri itu bernilai RM2 bilion – berikutan tindakan mahkamah oleh pihak kastam terhadap sebuah syarikat yang didakwa cuba menyeludup beras.

Rafael Al-Habibi, jurucakap 20 pembeli akhir 351 kontena tersebut berkata, beras akan dibawa dari Vietnam dan negara lain melalui Pelabuhan Tarakan di Kalimantan Utara, Indonesia.

“Kami masih tidak percaya kontena tersebut dirampas kerana disyaki menyeludup,” katanya kepada FMT.

“Kami telah berniaga berpuluh tahun. Kesemua 351,000 beg beras jelas ditandakan untuk penghantaran ke Filipina.”

Beliau berkata, penerima konsain percaya mereka tidak lagi mempercayai kastam Sabah, terutama yang melanggar undang-undang.

Menyedari tentang undang-undang kastam yang ketat di negeri itu, beliau berkata, mereka sentiasa cuba mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Oleh sebab salah sebuah syarikat yang terlibat dalam penghantaran beras diseret ke mahkamah, maka keyakinan mereka terhadap pengurusan pelabuhan Sabah dan Labuan kini tergugat.

“Beras tidak dibawa masuk oleh syarikat persendirian. Ia adalah beras sah yang dipersetujui oleh kerajaan Vietnam dan Filipina,” katanya.

Beliau berkata, beras tersebut dibawa masuk oleh Pihak Berkuasa Makanan Filipina secara terus daripada BINA Food – sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Vietnam.

“Ini serupa dengan Bernas di Malaysia,” katanya, dengan menambah bahawa ia merupakan tamparan ke muka ke muka Vietnam dan Indonesia kerana pihak kastam berkata ia diseludup.

“Jadi kami memutuskan untuk mengetepikan Sabah dan Labuan sepenuhnya dalam perniagaan masa depan.”

Selasa lepas, sebuah syarikat pengedar beras didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas pertuduhan menyeludup 16,000 beg beras putih Vietnam bernilai RM862,752 tahun lepas.

16,000 itu merupakan sebahagian daripada 351,000 beg dalam 351 kontena yang dirampas oleh kastam pada 11 September dalam perjalanannya ke Labuan selepas dipunggah keluar di Pelabuhan Sepanggar.

Pegawai bertugas pada mulanya berkata, konsainmen tersebut dirampas kerana tidak mempunyai permit import. Pertuduhan itu kemudiannya ditukar kepada menyeludup.

Kontena berkenaan sepatutnya tiba di Filipina antara 10-12 Oktober tahun lepas. Ia kini ditahan oleh kastam. – FMT

Tags: berasLabuanSabahselatan filipina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd