• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Berpakaian Tak Senonoh Dihalau Keluar Pesawat

oleh
14/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA berpakaian tidak senonoh, seorang wanita diberi amaran supaya menutup pakaiannya yang mendedahkan atau tidak dibenarkan menaiki pesawat Thomas Cook.

Emily O’Connor, 21, tidak mempunyai sebarang masalah ketika berdepan dengan kawalan pasport untuk penerbangan dari Birmingham, England menuju ke Tenerife, Afrika Barat.

“Thomas Cook beritahu saya yang mereka tidak membenarkan saya menaiki pesawat atas alasan pakaian tidak sopan,” katanya.

Bercakap kepada Metro UK, dia berkata: “Kejadian ini benar-benar merosakkan percutian saya. Saya berasa gementar dan malu. Saya merasakan ia sangat berprejudis terhadap wanita.”

Menurutnya, dia tidak memakai sebarang jaket kerana merasakan pakaiannya tidak mengundang masalah.

“Mereka tanya mana bagasi saya untuk dibawa keluar dari pesawat,” kata Emily sambil menambah dia dikelilingi oleh pengurus penerbangan dan pegawai keselamatan sambil diperhatikan oleh kira-kira 300 penumpang.

Emily memutuskan untuk memuat naik status secara terbuka di Twitter mengenai perkhidmatan Thomas Cook yang tidak memuaskan kerana lambat membuat permohonan maaf.

Jurucakap Thomas Cook berkata: “Kami mohon maaf kerana mengguris perasaan Emily.

“Sudah jelas kami telah mampu mengatasi keadaan ini dengan lebih baik. Sama seperti syarikat penerbangan lain, kami juga mengamalkan polisi pakaian yang bersesuaian.

“Semua penumpang lelaki dan perempuan perlu mengikut polisi yang ditetapkan tanpa sebarang diskriminasi,” menurut Thomas Cook. – metro.co.uk

Tags: pakaianpesawatSeksiWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd