• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekat Kebebasan Media, Najib Dakwa PH Bimbang

oleh
14/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa tindakan kerajaan PH menyekat kebebasan bersuara di laman sosial disebabkan ‘takut’ lebih banyak kesalahan dilakukan kerajaan baharu itu dibongkar.

Menurutnya, tindakan PH itu jelas tidak selari dengan apa yang diperjuangkan ketika gabungan parti itu bergelar pembangkang sebelum ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mempersoalkan di mana hak rakyat serta demokrasi semak dan imbang yang diperjuangkan selama ini.

“Mula-mula PH kata nak delete apa yang kita tulis di Facebook dan Twitter. Sekarang pula kata tak boleh guna laporan berita dan media sosial di Parlimen.

“Amboi. Bertahun-tahun Pakatan Harapan gunakan sebagai bahan boleh.Tiba-tiba tak boleh pakai dah.

“Hanya kerana yang diungkit ialah isu terowong di Pulau Pinang?. Kita semua tahu ada juga laporan media yang berasaskan kepada fakta,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Hantaran Najib itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hari ini, yang tidak membenarkan kenyataan berdasarkan laporan media atau media sosial tidak boleh lagi dibangkitkan dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dilaporkan mempertimbang keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali portal berita yang membiarkan pembacanya meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. – Sinar Harian

Tags: kebebasan mediaNajib Tun RazakParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd