• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Campuran Itu Cuma Spekulasi, Kata Annuar

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan campuran antara UMNO dan PAS hanya spekulasi kerana buat masa ini, ia hanyalah pembentukan jawatankuasa teknikal membabitkan wakil kedua-dua parti.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, kerjasama antara dua parti besar itu masih lagi di peringkat awal.

“Kerjasama UMNO dan PAS masih di peringkat awal, kita tubuh jawatankuasa teknikal kemudian kita lihat dari pelbagai kemungkinan bagaimana kita boleh laksanakan kerjasama.

“Jadi buat masa ini tidak ada apa-apa berlaku di semua kerajaan (di negeri PAS dan UMNO). Lima ahli daripada PAS dan UMNO masih melakukan kajian dan cuba buat cadangan, kita akan berjumpa hujung bulan ini.

“Dua jawatankuasa teknikal dari PAS dan UMNO, kemudian berbincang hala tuju tentang kerjasama dan selain daripada itu isu-isu lain adalah spekulasi,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, buat masa ini Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad Idris Ahmad akan berbincang peta kerjasama ini dalam jawatankuasa teknikal.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, isu kerajaan campuran masih terlalu awal malah ia tidak dibincangkan lagi.

“Kita tidak hanya lihat pada satu dua negeri tetapi senario keseluruhan negara (nasional), senario politik nasional.

“Kita perlukan hala tuju yang jelas dan dipersetujui kedua-dua parti. Tindakan selanjutnya adalah bukan hanya terhenti kepada kerjasama UMNO dan PAS tetapi ke hadapan khususnya parti orang bukan muslim. Tidak boleh hanya satu kaum perlu bekerjasama dengan semua,” ujarnya.

Ujar Annuar, kerjasama rasmi antara UMNO dan PAS adalah perkara serius kerana perlu ada parti alternatif kepada rakyat memandangkan PH tidak menjalankan tugas kepada rakyat.

“Kerajaan negeri Perak dan Kedah, buat masa ini status quo kekal, semua bergantung kepada ADUN. Tapi kalau ada perubahan ia bergantung kepada mereka.

“Ketika ini ada majoriti mudah sahaja dan beberapa bekas ADUN BN, jadi sewaktu ini tidak ada apa-apa berlaku di semua kerajaan (di negeri PAS dan UMNO),” katanya. – Sinar Harian

Tags: Annuar Musakerajaan campuranPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd