• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Yang Ada Jual, Lama-Lama Negara Pun PH Jual”

oleh
13/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Melihat situasi terkini, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pendekatan ekonomi kerajaan PH dilihat mengambil jalan singkat untuk mendapatkan pulangan segera.

Beliau ketika mencelah ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menegaskan, pendekatan ekonomi yang diambil kini tidak seperti mana yang digembar-gemburkan mereka sebelum ini.

Katanya, jika dahulu PH sering tampil dengan formula ‘ajaib’ untuk memajukan ekonomi negara, namun sebaliknya berlaku setelah menjadi kerajaan.

“Mutakhir ini, kita lihat bagaimana kecenderungan kerajaan PH hari ini, kerjanya menjual bukan mencari, tapi sebelum memerintah mereka cakap banyak, nak betulkan ekonomi, sekarang ini hampir 1 tahun memerintah tidak ada satu pun ekonomi negara dilihat boleh dibentuk dan dikembangkan.

“Yang ada jual-jual, lama-lama negara pun mereka jual,” katanya di Parlimen, di sini hari ini.

Terbaharu, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad semalam berkata, kerajaan kini terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk menangani kerugian yang ditanggung Malaysia Airlines Bhd (MAS).

“Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius.

“Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan.

“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Kita perlu putuskan,” katanya kepada pemberita.

Membalas celahan itu, Ismail Sabri yang berucap bagi menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bersetuju dengan kenyataan Bung sambil menambah bahawa kerajaan PH kini dilihat telah mengambil jalan mudah untuk memajukan ekonomi negara.

“Saya bersetuju kerajaan PH ambil jalan mudah hari ini dengan menjual aset negara,” katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 yang bermula minggu ini hingga 11 April. – Sinar Harian

Tags: Bung Moktarpakatan harapanParlimen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasaran Saham Malaysia Paling Merosot Di Asia

Next Post

Ketua Hakim Negara Cuba Padam Sebahagian Afidavit

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Next Post

Ketua Hakim Negara Cuba Padam Sebahagian Afidavit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd