• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran: Mangsa Meningkat Kepada 209 Orang

oleh
12/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bilangan mangsa pencemaran bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada Khamis lalu kini meningkat kepad 209 orang keseluruhannya setakat pukul 11 malam semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, pertambahan itu merupakan gelombang kedua yang bermula tengah hari semalam dengan majoriti kes melibatkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih.

“Sehingga sebelum tengah hari 11 Mac 2019, jumlah keseluruhan pesakit yang terkesan akibat kejadian ini adalah 103 orang di mana kebanyakan pesakit telah dibenarkan pulang dan hanya 25 orang masih dalam pemantuan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru termasuk dua pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Namun begitu, pada tengah hari 11 Mac 2019 didapati insiden gelombang kedua berlaku. Sehingga pukul 11 malam tadi, 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut manakala 77 mangsa dirujuk ke HSI di mana 35 orang dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Daripada 35 orang tersebut, empat pesakit dimasukkan ke ICU. Dengan 16 pesakit daripada gelombang pertama yang dibenarkan pulang, jumlah terkini pesakit yang masih berada di HSI adalah 44 orang iaitu enam di ICU dan 38 lagi di wad HSI iaitu 11 pesakit dewasa dan 33 pelajar sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr. Salehuddeen berkata, pelaporan kes yang diterima adalah melalui notifikasi dari klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor menasihatkan pihak sekolah dan penduduk tempatan agar mendapatkan rawatan segera sekira ada simptom-simptom seperti sakit kepala, sesak nafas dan muntah-muntah. – K! ONLINE

Tags: Gas KimiapencemaranSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd