• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Daripada 10 Pekerja Di Malaysia Harap Bonus Tahunan

oleh
11/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAPAN daripada 10 pekerja yang berpangkalan di Malaysia atau 83 peratus, mengharapkan bonus setiap tahun, dengan purata antara satu dan dua bulan gaji, kata Pengarah Negara Randstad Malaysia, Ryan Carroll.

Beliau berkata, pekerja mengharapkan mereka dihargai atas sumbangan dan kesetiaan kepada organisasi, terutama jika kekal bersama majikan mereka walaupun berlaku perubahan politik utama dan transformasi perniagaan.

“Walaupun 98 peratus daripada responden dalam tinjauan ini bersetuju bahawa menerima bonus sangat penting, 59 peratus berkata ia bukanlah satu-satunya faktor yang akan membuat mereka mula mempertimbang kemungkinan menukar pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Caroll berkata, terdapat gabungan faktor yang mendorong pekerja setia untuk meninggalkan syarikat itu.

“Penyelidikan jenama majikan 2018 kami mendapati alasan utama yang diberikan untuk mengundur diri adalah kerana laluan kerjaya yang terhad.

“Syarikat yang mendapat manfaat daripada tenaga kerja yang tekun adalah mereka yang terus menyediakan peluang untuk kakitangan masing-masing untuk membangun dan berkembang dalam organisasi,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pembayaran bonus mungkin adalah jangkaan yang saksama dalam keadaan ini, pekerja juga harus memikirkan peningkatan diri mereka untuk membuktikan nilai masing-masing.

“Ini akan membantu mereka kekal relevan dan boleh bekerja, selain membolehkan mereka memajukan kerjaya dengan lebih cepat,” katanya.

Tags: bonus tahunanpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd