• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Aisyah: Sampel Cebisan Dihantar Ke Jabatan Kimia

oleh
11/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Cebisan anggota Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai dibunuh di Langkawi, 16 Februari lalu dihantar ke Jabatan Kimia di Kuala Lumpur, pagi ini.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sampel yang dihantar adalah tengkorak, gigi dan gumpalan rambut setelah proses bedah siasat selesai dijalankan semalam.

Menurutnya, bedah siasat anggota milik kanak-kanak perempuan itu dijalankan pakar forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), bermula pada 11.30 pagi hingga 1 petang.

“Semua sampel diserahkan kepada Jabatan Kimia hari ini untuk tindakan susulan,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, hasil bedah siasat belum boleh didedahkan kerana pihaknya perlu menunggu keputusan Jabatan Kimia.

“Kita tidak boleh dedahkan butiran terperinci hasil bedah siasat itu kerana dibimbangi menggangu siasatan,” katanya.

Jumaat lalu, polis merampas dua penyangkut baju dari rumah suspek di kuarters Hospital Langkawi, dipercayai ada kaitan dengan unsur penderaan terhadap kanak-kanak itu.

Dua suspek melibatkan pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun, yang juga pengasuh mangsa kini direman sehingga 14 Mac depan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Rabu, polis menemui tengkorak dipercayai milik Nur Aisyah Aleya di kawasan gaung Gunung Raya, selepas dua suspek terbabit ditahan di Ampang, Selangor sehari sebelum itu.

Operasi pencarian hari kedua di sekitar Gunung Raya menemui dua batang gigi dan gumpalan rambut dipercayai milik mangsa yang dilaporkan hilang sejak pertengahan bulan lalu. – Sinar Harian

Tags: kes bunuhNur Aisyah Aleya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd