• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGBT: Tegah Penyertaan Dari Awal – Mufti Perak

oleh
11/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) menyertai himpunan umum yang diadakan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, seolah-olah menggalakkan mereka untuk terus muncul di khalayak ramai.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, penglibatan mereka sepatutnya perlu ditegah dari awal lagi.

“Mereka memang semakin berani justeru pihak pengajur jangan benarkan mereka untuk sertai.

“Jika berhimpun di lokasi lain juga (selepas ini) sepatutnya jangan benarkan kepada golongan ini. Jika tidak ditegah dari awal, seolah-olah kita galakkan mereka ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan trnsgender (LGBT).

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan tersebut yang bermula dari pusat beli-belah Sogo hingga Masjid Jamek.

Dalam pada itu, Harussani berkata, sekiranya penganjur tidak mengetahui kehadiran golongan itu, sekurangnya pengawasan perlu dilakukan.

“Sekurangnya kita ada pengawasan bila buat perhimpunan ada golongan begini, jangan bagi masuk,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian ribut yang berlaku di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya pada hari sama selepas perhimpunan yang dikaitkan dengan himpunan LGBT itu, Harussani berkata ia tidak mahu mengulas akan isu berkenaan.

“Ia hanya kebetulan, saya tidak mahu ulas,” jawabnya ringkas. – Sinar Harian

Tags: LGBTMufti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd