• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Perlu Tingkat Nilai Tambah Diri Untuk Berjaya

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Golongan wanita di Sabah disaran berusaha meningkatkan nilai tambah diri termasuk aspek ilmu dan kemahiran bagi membolehkan mereka berkecimpung sekali gus berjaya dalam pelbagai bidang.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kemahiran diri serta ilmu pengetahuan yang tinggi merupakan nilai tambah bantuan yang boleh meningkatkan ketrampilan golongan wanita yang kini terlibat aktif dalam pelbagai sektor pekerjaan.

Katanya nilai tambah berkenaan akan menyerlahkan lagi keupayaan wanita untuk terus menyumbang tenaga mahupun kepakaran dalam membantu kerajaan meningkatkan pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan serta kebajikan masyarakat.

“Kita mahu mereka (wanita) ini lebih berbudaya produktif dalam bidang kerjaya masing-masing agar pertumbuhan (ekonomi negeri) yang teguh dan mampan dapat disaksikan,” katanya ketika menyampaikan amanat bersempena majlis angkat sumpah 14 anggota baharu Majlis Penasihat Hal Ehwal Wanita Sabah (MPWS) di sini hari ini.

Musa turut menyarankan agar golongan wanita di Sabah menyumbang tenaga dalam sektor minyak dan gas yang dilihat semakin berkembang pesat di negeri ini seiring pembangunan industri minyak dan gas di Kimanis dan Sipitang.

Sambil menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota MPWS yang terpilih, Musa berharap pelantikan berkenaan akan menjadi penyuntik semangat untuk mereka melaksanakan tanggungjawab dengan lebih dedikasi.

Pengerusi MPWS, Datuk Mariati Robert mendahului senarai anggota MPWS dalam majlis mengangkat sumpah dan penyerahan surat sumpah anggota MPWS itu diikuti timbalannya Datuk Fung Yoong Sin Kin. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd