• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gas Kimia: 1,400 Pelajar Diminta Kosongkan Sekolah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG murid pengsan, manakala lima lagi muntah-muntah selepas terhidu tumpahan gas kimia di sungai berdekatan dalam kejadian di dua sekolah di Taman Pasir Puteh di Pasir Gudang, hari ini.

Timbalan Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Lokman Hakim Sulaiman berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) bersama lapan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.15 pagi.

Katanya, maklumat diterima membabitkan bau yang disyaki gas kimia dari kawasan sungai di situ.

“Hasil pemeriksaan terdapat kesan bahan kimia dan gas dikesan jenis metana,” katanya yang masih menjalankan operasi di kawasan itu sehingga kini.

Katanya, tindakan pengosongan kawasan dilakukan dalam jarak 500 meter yang membabitkan 1,400 pelajar SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih.

“Didapati seorang pelajar lelaki pengsan dan lima yang lain mengalami muntah termasuk seorang pelajar lelaki akibat terhidu gas itu,” katanya.

Sementara itu, satu maklumat mengarahkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka dari sekolah dikeluarkan pihak sekolah selepas mendapat nasihat bomba.

Makluman itu meminta ibu bapa dan penjaga membawa pulang anak-anak mereka selepas berlaku limpahan bahan kimia di Sungai Kimkim berdekatan sekolah.

“Ibu bapa boleh menjemput anak-anak sekarang dengan segera. Yang nenaiki van, minta ibu bapa hubungi pemandu van untuk mengambil anak-anak di sekolah.

“Ibu bapa yang tidak dapat menjemput anak, boleh maklumkan kepada guru kelas.

“Sesi petang juga ditangguhkan pada hari ini. Murid sesi petang tidak perlu hadir ke sekolah,” kenyataan pihak sekolah ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini. – myMetro Online

Tags: Gas KimiaSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd