• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akan Pastikan Tok Mat Menang Di Rantau

oleh
06/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS akan menggabungkan jenteranya di Rembau dan Negeri Sembilan dengan UMNO bagi membantu sekutunya berdepan Pakatan Harapan di DUN Rantau yang akan diadakan 13 April nanti.

Penggabungan ini bagi memastikan semua gerak kerja kedua-dua parti berjalan lancar dan berkesan.

“Perkara ini merupakan obligasi mandatori PAS selaras dengan ‘ta’awun siyasi’ yang telah dimeteraikan oleh PAS dengan UMNO pada 5 Mac,” kata Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

Meyakini UMNO akan mengekalkan bekas menteri besar Mohamad Hasan, PAS berkata timbalan presiden parti Melayu itu mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang, “bukan sahaja kepada rakyat DUN Rantau malah seluruh rakyat Negeri Sembilan.”

PAS dan UMNO bersetuju untuk bekerjasama di peringkat Parlimen dan pilihan raya kecil akan datang selepas mengambil kira keadaan politik semasa.

PRK Rantau tercetus apabila Mahkamah Pilihan Raya pada November membenarkan petisyen calon PH, Dr. Streram Sinnasamy meminta SPR membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-14 bagi DUN Rantau.

Pengumuman rasmi oleh PAS ini merupakan yang pertama seumpamanya selepas PRK DUN Sungai Kandis (4 Ogos), DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).

Tags: PASPRK RantauUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd