• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat UMNO-PAS Pertama Coret Sejarah Politik

oleh
05/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESYUARAT julung kali UMNO dan PAS di ibu negara petang ini antara lain akan membincangkan agenda pembentukan Jawatankuasa Bersama Penyatuan kedua-dua parti ditunjangi orang Melayu itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penyatuan UMNO-PAS amat perlu dilaksanakan segera demi kepentingan bangsa Melayu yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Katanya, dalam mesyuarat itu PAS menyenaraikan 11 orang wakilnya diketuai Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden, Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan serta wakil Dewan Ulama dan juga sayap parti berkenaan.

“Apa yang membanggakan apabila melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih lalu, jentera sayap UMNO-PAS telah memperlihatkan gabungan kerjasama baik dengan bergerak seiring berkempen dari rumah ke rumah dan juga makan bersama.

“Begitu juga dengan perubahan dalam kalangan anak muda yang sangat luar biasa kerana 95 peratus saluran muda melibatkan 23 pusat daerah mengundi (PDM) di DUN Semenyih UMNO menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan program Ziarah Pergerakan Pemuda UMNO ke rumah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang, Datuk Tengku Zainuddin Tengku Zahid di sini, pagi ini.

Yang hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Marang, Zul Fadli Rozi dan juga Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku. – UTUSAN ONLINE

Tags: PASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd