• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Jangan Sabotaj Kerajaan – TPM

oleh
04/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam supaya tidak mensabotaj kerajaan, selain menjaga batas perhubungan dalam komunikasi dan patuh kepada etika penggunaan media sosial.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha memanfaatkan media sosial sebagai ejen penyampai maklumat dan promosi perkhidmatan kepada masyarakat, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium itu.

“Ada pihak yang menyebar maklumat atau melempar tuduhan dan kritikan terhadap kerajaan secara melulu.

“Kita juga sedar, ada dalam kalangan penjawat awam yang mewarisi sokongan kerajaan lama. Kita faham dan hormati pendirian politik masing-masing.

“Bagaimanapun saya ingin mengingatkan supaya jangan ada unsur sabotaj. Kita boleh berbeza fahaman politik tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat, kita tidak wajar menggunakan perbezaan kelompok, kaum dan agama sebagai penghalang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 bagi kementerian itu, di sini, hari ini.

Dr. Wan Azizah turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak sesekali membalas kritikan netizen dengan bahasa kurang sopan dalam media sosial, walaupun untuk mempertahankan diri.

“Imej kerajaan, kementerian dan seluruh agensi hendaklah sentiasa dipelihara. Sama-sama kita cerminkan keperibadian kita dengan asas digariskan agama,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu penjawat awam, terutama warga kementerian itu, terus memberikan komitmen dan mempertingkat produktiviti serta mutu kerja berkualiti tinggi.

“Kita harus menyahut cabaran ini dengan mewujudkan persaingan sihat bagi membuktikan keupayaan masing-masing, yang secara tidak langsung akan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya. – BH Online

Tags: Penjawat AwamWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd