• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lahir Tanpa Mata Atasi Panik Dengan Menyanyi

oleh
03/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG budak perempuan yang dilahirkan tanpa mata terpaksa bergantung dengan muzik untuk mengatasi perasaan cemas.

Video Evie Hurst, 8, yang menyanyikan lagu ‘Scars to Your Beautiful’ nanyian Alessia Cara menjadi tular dan menyentuh hati netizen.

Video tersebut menunjukkan bagaimana dia menangani masalah anoftalmia, keadaan di mana dia dilahirkan tanpa kedua-dua matanya.

Evie menyanyikan lagu tersebut di Hospital Kanak-Kanak C.S. Mott di Ann Arbor ketika dia sedang mempersiapkan diri untuk menjalani imbasan otak.

Doktor percaya Evie mengalami serangan mengejut jadi dia terpaksa menjalani prosedur awal bulan ini untuk mengetahui punca masalah tersebut.

Ketika dia berusia empat tahun, Evie diambil sebagai anak angkat dari sebuah keluarga di China dengan berat badan sekitar 4.98 kilogram.

Menurut ibu bapanya, Katie dan Craig, Evie mengalami gangguan tekanan akibat trauma yang dialaminya pada masa lalu.

“Perkembangan Evie terbantut,” kata Katie Hurst kepada WUSA 9.

Awal bulan ini, Elvie terpaksa menjalani imbasan otak dan dia kurang selesa semasa kakitangan hospital mahu memulakan prosedur tersebut.

Semasa dia berada di lif hospital, Evie panik.

Katie memberitahu sewaktu Evie di bilik prosedur, dia juga amat cemas.

Emma Wymer, seorang ahli terapi muzik dibawa untuk membantu menenangkan Evie.

Dia menyuruh Evie menyanyikan lagu ketika dia sedang dipersiapkan untuk prosedur tersebut.

Pada mulanya, suara Evie kedengaran gemuruh tetapi dia mula yakin selepas Wymer bermain gitar.

“Dia amat kuat dan budak ajaib yang tidak pernah berhenti membuat kejutan kepada kami.

“Kami amat bersyukur kerana dikurniakan anak sepertinya,” kata Katie. – Metro.co.uk

Tags: budak perempuanmatamenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

21/06/2024
0

IPOH: 'Kenapa buat anak aku macam tu?' luah ibu kandung kepada budak perempuan yang mati akibat didera ibu angkatnya, minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd