• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Terowong P.Pinang: RPK Berbohong Kata Mahathir

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP Pulau Pinang terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Katanya, kebanyakan pendedahan yang dibuat Raja Petra adalah palsu dan tidak sepatutnya dipercayai.

“RPK (Raja Petra Kamarudin) seorang pembohong. Dia selalu berbohong dan kamu masih mahu mempercayainya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Raja Petra menerbitkan beberapa siri artikel mengenai kertas siasatan SPRM membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang melibatkan Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Sehubungan itu, SPRM hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Raja Petra.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, laporan terbabit telah dibuat semalam oleh pegawainya namun enggan mengulas lanjut di mana laporan itu dibuat.

Ujarnya, susulan laporan polis tersebut, SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Apa yang pasti saya telah meminta beberapa pegawai untuk berbuat demikian semalam,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. – Sinar Harian

Tags: DAPMahathir MohamadTerowong pulau pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd