• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Mansuh Semua Tol Perlu 2-3 Bulan – Guan Eng

oleh
01/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kajian pemansuhan semua tol memerlukan 2 atau 3 bulan lagi untuk menentukan sama ada ia boleh dilaksanakan seperti di 4 lebuh raya kendalian Gamuda Berhad.

Katanya, Putrajaya boleh berunding dengan Gamuda dalam masa singkat untuk mempercepatkan proses pengambilalihan kerana 4 lebuh raya itu terletak di Kuala Lumpur dan dikendalikan syarikat konsesi sama.

“Sudah tentu akan ada kajian dari Menteri Kerja Raya, Baru Bian. Tol lain dalam kajian untuk kita lihat impaknya dalam pelbagai segi, jadi kita berharap boleh dapat rumusan dalam 2 ke 3 bulan lagi.

“Ia berlainan dengan tol di bawah Gamuda, mereka mengendalikan tol di 4 lebuh raya, jadi kita dapat berunding secara berprinsip dan tidak terlalu sukar untuk kerajaan mengambil alih,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Hasil ke-23, hari ini.

Sabtu lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kutipan tol di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart kendalian Gamuda akan dihapuskan di luar waktu puncak antara 11 malam hingga 5 pagi.

“Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan, iaitu pengguna lebuh raya hanya dikenakan bayaran sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama 6 jam sehari.”

Katanya, pengguna juga akan menikmati diskaun 30% berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Susulan itu, Lim dilapor mempertahankan cadangan pengambilalihan 4 lebuh raya di Lembah Klang itu dengan menyifatkan ia penyelesaian yang akan memanfaatkan kerajaan, pembayar cukai dan pengguna lebuh raya.

Katanya, pengguna bakal menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan pada waktu puncak dan RM5.3 bilion dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi juga dapat dijimatkan kerana pengambilalihan itu dibuat pada harga adil dan berpatutan.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan 6 bulan untuk memenuhi semua keperluan pengawalseliaan, kewangan dan undang-undang dalam pengambilalihan itu.

Sementara itu, Lim berkata, tiada sebarang paksaan ke atas Gamuda dalam proses pengambilalihan tol.

“Kita tidak paksa, rundingan antara kerajaan dan syarikat konsesi diadakan dengan baik dan dilakukan secara profesional.” – FMT

Tags: Lim Guan Engmansuh tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd