• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Syarikat GLC Telah Mengalami Kerugian Teruk

oleh
01/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS PH menang PRU14, beberapa syarikat GLC telah mengalami kerugian yang teruk pada masa ekonomi negara semakin merudum.

Syarikat-syarikat GLC ini penting kerana ianya dimiliki oleh kerajaan dan tabung-tabung simpanan rakyat seperti ASB, ASN, Tabung Haji, KWAP dan KWSP.

Jika keuntungan dan dividen dari syarikat-syarikat ini rendah atau tidak ada, maka pulangan kepada rakyat dari tabung-tabung ini turut menerima kesan.

Semalam, Tenaga Nasional mengumumkan kerugian untuk suku ke-4 tahun 2018. walaupun mereka telah naikkan tarif elektrik pada 1 Juai 2018.

TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017.

TNB tidak pernah rugi dalam mana-mana suku sejak 7 tahun yang lepas.

Kali terakhir TNB rugi ialah pada masa beban perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah masih belum diselesaikan dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012.

FGV Holdings Bhd. pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018. berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.

Untuk suku pertama tahun 2018 iaitu dari bulan Januari hingga Mac, FGV masih mencatat keuntungan tetapi tiba-tiba rugi besar di bawah PH.

Syarikat Axiata lagi teruk.

Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.

Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian – satu yang tidak pernah berlaku sejak 10 tahun yang lalu.

Syarikat Boustead milik LTAT juga melaporkan kerugian RM51.8 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM620.2 juta untuk tahun 2017.

Suku pertama 2018 di bawah BN, Boustead masih untung. Tetapi mengalami kerugian untuk suku 2, 3 dan 4 di bawah PH.

Yang tak rugi ialah IHH Berhad.

Keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Tetapi malangnya untuk Rakyat Malaysia, kerajaan PH sudah jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November lalu. – FB Najib Razak

Tags: ASBASNKWAPKWSPNajib Tun RazakTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd