• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nishikori Bergelut Sebelum Mara

oleh
29/11/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI: Pemain pilihan utama, Kei Nishikori mengharungi laluan berliku sebelum menewaskan Benoit Paire 6-4, 6-3 dalam penampilan sulungnya di Kejohanan Dubai, sementara Marin Cilic ditundukkan Gael Monfils.

Pemain pilihan utama dari Asia itu yang juga pemain nombor enam dunia akan bertemu Hubert Hurkacz dalam pusingan kedua di Kelab Aviation. Hurkacz dari Poland menewaskan pemain daripada pusingan kelayakan, Corentin Moutet 6-3, 7-5.

Cilic pula menjadi pemain pilihan yang tersingkir pada pusingan awal selepas tunduk kepada pemain Perancis, Monfils 6-3, 4-6, 6-0.

Nishikori mengubah jadualnya pada musim ini dan bermain buat kali pertama di Dubai selepas mengehadkan dirinya kepada venue di Amerika Utara sebelum ini termasuk di Memphis dan Delray Beach.

Pemain Jepun itu memerlukan 81 minit untuk menewaskan Paire.

“Memang tak pernah mudah bermain menentang Benoit, sudah tentu. Servis yang bagus, pukulan kilas yang baik. Pemain yang licik. ‘Dropshot’ yang baik, sentuhan yang bagus,” kata Nishikori.

“Ia adalah perlawanan yang bagus, ia bukanlah semudah itu dengan keadaan angin seperti ini. Saya rasa saya bermain tenis yang cukup baik hari ini.”

Cilic yang diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga yang juga pemenang Terbuka Amerika Syarikat 2014 bermula perlahan dan bermain dalam acara keduanya bagi tahun 2019 selepas kecederaan lutut.

“Saya rasa saya sedikit tak bertuah dalam undian, Marin adalah pemain yang kuat pada pusingan pertama,” kata Monfils.

“Tetapi saya bersedia, saya suka cara saya bermain dan memberi tentangan tertutama ketika saya kembali bangkit selepas tewas di set kedua.”

Bintang Greek yang sedang meningkat naik, Stefanos Tsitsipas, yang memenangi gelaran di Marseille hujung minggu lalu, pula membuka kempennya dengan kejayaan 6-4, 3-6, 6-3 ke atas pemain Australia, Matthew Ebden. – AGENSI

Tags: DuniaSukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MYTV Gantung Siaran Awesome TV

Dunia Kutuk Kekejaman Israel Bom Hospital

19/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Pemimpin dunia mengutuk dan mengecam tindakan Israel mengebom sebuah hospital di Gaza yang menyebabkan lebih 500 orang terkorban...

3 Julai Hari Paling Panas Di Dunia

3 Julai Hari Paling Panas Di Dunia

05/07/2023
0

NEW YORK: Dunia mencatatkan suhu purata tertinggi yang pernah direkodkan pada 3 Julai lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram Berdasarkan data daripada Pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd