• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Feri Terbakar: Penumpang Berebut Selamatkan Diri

oleh
25/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – “Kira-kira 10 minit selepas berlepas, feri berhenti di tengah laut kemudian kami nampak asap dari bahagian enjin mula memasuki ruangan penumpang.”

Itu perkongsian Nor Atiqah Norman Shah, penumpang yang berasal dari Melaka yang terselamat selepas feri yang membawa penumpang dari Terminal Feri Kuah menuju Kuala Perlis terbakar dalam satu kejadian petang ini.

Beliau berkata, penumpang kemudian nampak tiga kru berlari dari arah bahagian enjin naik berjumpa kapten feri tersebut.

“Tiga kali saya tanya dengan tiga kru feri kenapa bahagian enjin berasap, tapi tidak dilayan dan mereka berlalu pergi begitu sahaja.

“Kemudian tempat duduk penumpang di bahagian kiri berhampiran bilik enjin mula terbakar.

“Bahagian penumpang kemudian dipenuhi asap waktu itu baru kami semua diarahkan ke depan untuk keluar dari feri itu,” katanya.

Nor Atiqah berkata, beliau bersama lapan anggota keluarganya bersama penumpang lain kemudian berebut keluar untuk menyelamatkan diri.

“Ada yang sempat pakai life jacket (jaket keselamatan), ada juga yang tidak. Kami kemudian diselamatkan dengan dipindahkan ke dalam dua buah bot nelayan dan sebuah bot pelancong yang datang membantu,” katanya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Gelang Patah, Johor.

Nor Atiqah berkata, mereka sekeluarga yang bercuti sejak Sabtu, kehilangan semua beg akibat terbakar serta barangan yang dibeli sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, Suhidah Suib berkata, kejadian berlaku sangat pantas hingga menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barang-barang.

“Sebaik feri bergerak, kami sudah dapat hidu bau minyak. Kemudian feri berhenti dan kelihatan seakan mahu berpatah balik ke Terminal Kuah.

“Kemudian asap tebal diikuti api marak di bahagian belakang feri. Kami diarahkan keluar, saya langsung tak tak ingat apa-apa, sedar dah ada dalam sebuah bot nelayan.

“Masa di dalam bot itu, feri sudah hangus terbakar dan kami dengar bunyi letupan,” kata Suhidah yang kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.

Tinjauan di Terminal Feri Kuah mendapati pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Kesihatan Daerah serta Pejabat Parlimen Langkawi tampil membantu semua mangsa.

Mangsa turut diberikan makanan dan minuman yang disediakan oleh beberapa buah hotel dengan rata-rata mangsa kelihatan trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bencana dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Leftenan Azamshah Aperal berkata, 49 mangsa telah pulang ke Kuala Kedah menggunakan feri jam 6 petang.

“Dua orang mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Maliha,” katanya.- BERNAMA

Tags: feri langkawikebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd