• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inisiatif Tol Bantu Rakyat Atau Urus Trafik, Kata Tok Mat

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – UMNO mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan yang boleh meringankan beban sara hidup rakyat, tetapi mempersoalkan inisiatif tol yang diumumkan kerajaan semalam, yang disifatkan mengelirukan.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tertanya apakah matlamat sebenar mekanisme caj kesesakan yang akan diperkenalkan nanti, memandangkan ia tidak meringankan kos sara hidup majoriti pengguna yang terpaksa melalui tol di waktu puncak.

“Adakah inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat atau mengurangkan kesesakan dan penggunaan tol atau meringankan hutang kerajaan atau apa sebenarnya?” kata Mohamad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kadar percuma yang dikenakan dari 11 malam hingga 5 pagi bukan keperluan mendesak seperti yang dilalui majoriti pengguna dari golongan kelas bekerja.

“Ia sebenarnya tidak akan memberikan impak optimum dalam cubaan meringan kos sara hidup rakyat kerana penggunaan tol secara terpaksa adalah semasa waktu puncak,” katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan ia dalam perbincangan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.

Kerajaan bercadang memperkenalkan kadar tol diskaun 30% di waktu biasa dan kadar tol percuma antara 11 malam dan 5 pagi selepas konsesi diambil alih.

Pengurangan tersebut dicapai menerusi penghapusan mekanisme kutipan tol sedia ada, menggantikannya dengan caj kesesakan di mana pengguna akan dikenakan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama 6 jam sehari.

UMUM SEBELUM KAJI

Mohamad memohon kerajaan menjelaskan sama ada kajian dan penyelidikan terperinci dibuat sebelum ia diumumkan, mempersoalkan adakah polisi caj kesesakan akan dapat mengumpul jumlah secukupnya untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuhraya dan “bayaran pinjaman”.

“Lebih penting, adakah polisi ini akan mendatangkan lebihan kutipan yang mampu disalurkan kepada dana pengangkutan awam, seperti yang dirancangkan?” katanya.

Mohamad menyorot perhatian kepada kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir pada Disember iaitu hasil kajian mekanisme “bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol” akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Mei tahun ini.

Katanya, JKR diberi tempoh 6 bulan dari 31 Oktober tahun lepas untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

“Adakah ini bermakna kenyataan media berhubung keputusan caj dan kadar baharu serta pengambilalihan konsesi dari Gamuda semalam sememangnya dikeluarkan sebelum hasil kajian selesai sepenuhnya?” katanya.

LIABILITI KEWANGAN

Mohamad seterusnya menggesa kerajaan mendedahkan pembiayaan dan kos rancangan mengambil alih konsesi tol dari Gamuda Berhad, kerana jumlah, terma dan mekanisme yang akan digunakan pasti menggandakan liabiliti kewangan kerajaan.

“Perkara ini kritikal kerana, seperti yang diulang-ulang oleh Kerajaan sendiri, negara kini sedang berhadapan dengan hutang yang sangat besar,” katanya.

Mohamad seterusnya meminta kerajaan menjelaskan sama ada pengumuman kerajaan mengambil kira impak terhadap pasaran bon domestik memandangkan sektor lebuh raya bertol terdiri daripada “23 penerbit berjumlah RM52.83 bilion bon dan sukuk tertunggak”.

Beliau mahu kerajaan menjawab adakah pasaran bon domestik akan menerima “tamparan hebat” dan memburukkan lagi prestasi ekonomi negara, yang dalam keadaan deflasi pada Januari tahun ini.

“Kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009,” katanya.

Mohamad berkata wujud keperluan mendesak untuk memastikan keputusan kerajaan benar-benar memberi impak positif dan bukan sekadar menyedapkan hati tanpa memberikan kesan sebenar dalam pengurangan kos sara hidup. – FMT

Tags: mansuh tolMohamad HasanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd