• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Kejam Belah Perut Isteri Sarat Hamil!

oleh
22/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDONESIA – BERANG kerana tidak memperoleh kata laluan (password) telefon bimbit, seorang lelaki bertindak membunuh isterinya yang sedang sarat hamil.

Lebih kejam lagi, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Romi Sepriawan, 30, dari Bengkulu, Indonesia membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan Erni Susanti, 29.

Portal-portal berita Indonesia melaporkan, wanita berkenaan maut manakala bayinya selamat dan dirawat hospital.

Suspek difahamkan sering berselisih faham dengan isterinya hanya kerana wanita berkenaan tidak mahu memberikan kata laluan telefon bimnbit.

Menurut polis, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis, selepas pasangan bergaduh, Romi secara tiba-tiba mengambil parang sebelum menetak leher isterinya yang berbaring di atas katil.

“Suspek juga membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan. Dia kemudiannya keluar rumah sambil mendukung bayinya dan menyerahkan kepada seorang jiran untuk dihantar ke hospital,” kata jurucakap polis.

Suspek kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Romi dalam reaksinya mengakui, dia telah mengambil tindakan di luar kewarasan dengan menetak leher isterinya yang sedang hamil.

“Saya melakukannya kerana khilaf. Kami berselisih pendapat kerana telefon bimbit. Dia (Erni) seperti merahsiakan sesuatu,” kata Romi. – Agensi

Tags: isteri hamilkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd