• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Catat Kerugian RM99 Juta Suku Keempat 2018

oleh
22/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIRASIA X Bhd. mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh Oktober-Disember, sekaligus menambah kerugiannya untuk suku ketiga berturut-turut dengan kos bahan bakar yang lebih tinggi dan peningkatan perbelanjaan kewangan.

Ia merupakan satu lagi tempoh yang sukar untuk syarikat penerbangan tambang murah bagi perjalanan jarak jauh tersebut.

Pendapatan jatuh sebanyak 6% kepada RM1.148 bilion dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember.

Kejatuhan itu disebabkan oleh penerbangan berjadual yang lebih rendah kerana harga tambang purata menurun kepada RM490 bagi setiap penumpang berbanding RM519 setahun lalu.

Jumlah penumpang yang dibawa oleh AirAsia X pada suku Disember pula jatuh 3% kepada 1.498 juta kerana beberapa laluan terjejas oleh bencana alam.

AirAsia X berkata, kapasiti kerusi pada suku terakhir berkembang kepada 1.911 juta, sementara lima pesawat ditambah oleh syarikat penerbangan itu.

AirAsia X kini mengendalikan sebanyak 35 pesawat.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu terus bergelut dengan kenaikan kos bahan api.

Harga bahan api purata yang dibayar oleh syarikat tersebut meningkat 29% kepada AS $89 (RM363) setong pada suku terakhir 2018.

AirAsia X menggunakan sebanyak 1.3 juta tong minyak dalam tempoh tiga bulan tersebut.

Bagi tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember, AirAsia X mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM99.3 juta ke atas hasil pendapatan RM1.15 bilion.

Bagi tempoh setahun penuh, ia mencatatkan kerugian sebanyak RM312.7 juta.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu menjangka prospeknya untuk terus menggalakkan. – The Star

Tags: AirAsia X
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Tak Kata AirAsia Dapat Manfaat Prosedur ‘Offset’

07/02/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan bahawa tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi...

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

06/02/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd