• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga RON95, RON97 Naik Lagi 10 Sen

oleh
22/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen seliter bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Mac depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dinaikkan kepada RM2.08 berbanding RM1.98 seliter sebelum ini dan RON97 dinaikkan kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28.

“Harga diesel dikekalkan pada paras RM2.18 untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada
AS$63.11 (RM257.17) setong kepada AS$66.91 (RM272.66) setong.

Katanya, kos purata produk diproses bagi produk diesel turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 (RM303.09) setong kepada AS$79.11 (RM322.34) setong.

“Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter.

“Namun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras ditetapkan, maka harga runcit diesel terus dikekalkan untuk tempoh berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tags: minyakPetrolRON95RON97
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd