• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh Siti Masitah

oleh
22/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Seorang penganggur warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh Siti Masitah Ibrahim yang mayatnya ditemui di padang ragut dalam kejadian di Pekan dua minggu lalu.

Mohd. Amirul Abdullah, 23, yang beralamat di Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Lelaki bertubuh kecil itu didakwa membunuh Siti Masitah, 11, yang juga warganegara Kemboja antara pukul 5.50 petang hingga 8 malam, 30 Januari lalu di kawasan belukar padang ragut, Kampung Tanjung Medang Hilir di Pekan, dekat sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Azizah menetapkan 25 Mac ini bagi serahan dokumen forensik, laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.

Pada 9 Februari lalu, media melaporkan penemuan mayat Siti Masitah dalam keadaan menyayat hati dan tidak sempurna. Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh lebih seminggu sebelum mayatnya ditemukan.

Keluarga mangsa membuat laporan kehilangan kanak-kanak itu pada petang 30 Januari lalu setelah dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kedai. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd